9 November 2013

in the end of holliday

Assalamualaikum. Hari ni hari last aku kat rumah sebelum aku balik semula ke u terchentaaa. Dah seminggu lebih duk kat rumah ni so nak balik ke u tu memang dengan berat hati, berat kaki la kan. seminggu lebih duk kat rumah ni memang banyak kenangn.. *cewwahh ayat macam lama gila tak balik*hahahaaaaa.

macam ni la ceritanya. minggu lepas aku balik malam khamis NAIK bas*motip sgt nk caps lock* sampai kt rumah around pukul 12.00. nak jadikan cerita ni best. esoknya pagi-pagi jumaat tu aku & kaum keluarga bertolak menuju ke utara~~hiphip hoorey~~ Alhamdulillah kami sampai ke utara dengan selamat

negeri pertama yang kami jejakkan kaki penang! weehuuuuu.. Sangat seronok bila sampai sana. nak2 bila berkumpul ramai-ramai. mengumpat tak ingat dunia la#eh! kami dah sampai kt sana petang. so aktiviti ditunda ke esok hari. keesokannya kami ke padang kota mula2 ingt nk picnic situ. tapi tak tau macam mana picnic tu diheret ke batu feringghi.. tapi mmg syok.. makan ramai-ramai. pastu berlagak tak hengat mcm omputeh. berjemur sambil pakai spek.. hahahahhaaaa. omputeh pun tak berlagak macam aku. oh lupa nak cerita 1 cerita.. paham tak ayat aku? sepanjng on the way kami tu. kazen aku gigih cari hotel yg dalam cerita Love You Mr Arrogant. dan hasilny mereka jumpe hotel tu then kami memang park kereta depan2 hotel tu.. memang berbaloi kazen2 aku ni.

balik dari picnic kami pergi beli jeruk. jeruk apa yang paling femes kat sana. mestilah jeruk pak ali. uissshh aku pun teruja tengok kedai pak ali tu.. memang agak besar la. memang teruja.. dan nk shopping pn memang teruja. aku tak lah seteruja*ad ke perkataan ni?* akak2, abng2 n mak cik pakcik aku tu. mereka mmg shopping habis habisan

balik shoppng jeruk kami balik ke bertam utk beristirehat. kami sampai sana makn2 n kemas2 sbb nak pergi je sg petani plak~~

akhirnya lbh kurng pkul 11 mlm kami sampai ke sg petani. sampai sana kazen2 ak ajak pergi ke uptown.. kami smpai sana lbh kurang pkul 1.00 pg.. tp tak ada yang menarik pun kat sana. yang menarik kat sana ialah makan la apa lagi. hahahhaaaa. siap jalan2 kami makan nasi lemak. hahaahaaaa, sambil makan sambil sembang.. memang kedai tu kami punya la. hahahaaa.. lebih kurang pkul 3 kami balik pastu terus tido..

tetapi dalam pukul 5.30 pagi dh kena bangun sebabnya..... kami nak ek padang besar, perlis tapi naik kereta api. kami kena bangun awal sebab kereta api akan sampai kat stesen sg petani tu pukul 7.. kami kena bangun awal sebab kami ni ramai dan nak siap pun lambat la..

dekat pukul 7 kami smpai kat stesen kereta api. tapinya kereta api tu sampai dah dekat pukul 7.30 pg.. pastu kami pun serbu la naik kereta api tu. tapi hari tu memang hari pelupa bagi aku. sebab nak cepat2 ak tertinggal dua2 phone aku.. hasilnya aku tak blh hambik gambar la.. so sepnjng naik kereta api tu aku tido la kejenya. lagi satu makanan dalam kereta api tu harga tak ingt dunia. ada ke air milo kotak yg biasa kita minum tu biasa harga rm1.5 tapi bila dlm kereta api harga trus up ke rm3.00. pergh trus senyap ak. tapi yang nasib baikny abam yg tolak troli tu hensem @ yg jual2 tu.. so bila abam tu lalu sekali lagi aku beli sekali lagi air tropicana tu pergh harga mmg trus bt ak terduduk senyap. hrga 1 botol kecik tu rm 5.. mmg ak simpang botol tu buat kenangn..

kami smpai kt padang besr around 10 pg.. tapi kereta api nak balik ke sg petani pukul 7 mlm.. memang 1 padang besar la kami round... ok la ak sambung lain kali plak. dh mai dh mood malas nak menaip...


nota jejari:percutian kami kali ni penuh dgn pelbagai aktiviti

8 October 2013

New life, new sem

Assalamualaikum. sudah lama jari ini tidak menari di atas papan keyboard. muahahaaaa. ayat meraban. last skali ak post masa last payper beberapa bulan yg lpas. *kekonon hot la tu*

sekarang dh sebulan ak menjejakkn kaki di u terchenta. sekarang ak dh bergelar ahkak senior.. *walaupun dh tahun 3* sekarng ak dh hadapi new life, new sem, new subjek, new lecturer, new crush #eh. sem ni banyk perubhan dlm hidup ak. tak kira dlamn or luaran.

dh sebuln duk sini dh pelbagai yg ak belajar. mksd kitew skrg kitew dh mula kenal mana lawan, mana member, mana team mate, mana yg sanggup bersush utk kitew.. *eeeuuuwwwww sumpah gedik*

dan satu lagi walaupn ak duk jauh ngan PN ma & EN pa tapi kawan2 ak kat sini layan ak macam ak duk kt rumah. *tapi hati n perasaan ttp ad kt isi rumah* serius tau. susah nk cari teman gaduh, kawan membebel, kaki ponteng kelas, kaki outing dan mcm2 lagi. saranghae la wahai buah hati ku semua. walaupun xad boypren mereka ni dh jd pelengkap hidup ak*saje je bt sedap ayat kot2 la diorg ad terbaca ak punya blog* muahahaaaa..

cita-cita sem ni nk buat lesen memandu*ayat BM lengkap* tapi apakan daya ak ni tergoda dengan kegiatan shopping so terkubur la hasrat  aku. maybe next sem la kot~AMIN~

ok la dh panjng sangat ni ak menaip*kalaula assigment ak blh taip sebegini panjang mesti ak berbangga dengan diri sendri*




nota jari : khamis ni balik kampung..
hiphip hoorey..
semoga sepanjang perjalanan pergi dan balik
EN pa & PN ma selamat
~amin~

17 June 2013

ohoi

sekarang dah masuk minggu final..
*walaupun dh lepas 2 paper*kehkehkeh
hari ni aku telah berjaya menjawab paper data struct
waalaupun aku ni malas nk jawab kena jawab jugak
last payyperrrr rabu ni
*doakan aku blh jawab dengan cemerlangny*
sebenarnya aku punye fikiran dah sampai kat rumah dah
sbb tu la semuany jadi malas..
hope pointer sem ni tak jatuh lagi.
menaik tak pe..
ok la bye!

21 May 2013

Maafkan aku

maafkan aku wahai sahabat
aku tahu mungkin engkau akan menjenguk coretan aku disini
atau mungkin tidak
aku tahu aku bukan sahabat yang baik untuk kamu
kita dah kenal lebih dari 2 tahun
kita kenal sejak pertama kali aku menjejakkan kaki aku disini
kamu lebih mengenali aku dari segala sudut
kadang-kadang aku anggap kamu sudah seperti adik aku
tapi tika diri ini sudah membuat keputusan
aku harap kamu terima keputusan aku seadanya
aku bukan ingin lari dari kamu
tapi aku tahu diri aku inginkan perubahan
aku tahu perubahan yang aku inginkan akan mengorbankan persahabatan kita
tika aku menulis coretan ini hubungan kita dingin
aku tak mahu hubungan kita terus dingin
aku nak hubungan kita yang lama
hubungan yang penuh gelak ketawa
maafkan aku
aku yang menyebabkan semua ini berlaku
aku berharap kamu dapat terima keputusanku ini
tolong jangan asingkan aku dari hidup kamu
sentiasa la jenguk aku
sentiasa la tegur aku
sentiasa la bergurau dengan aku
aku ingin mendengar suara ketawa kamu
maafkan aku kerana telah membuat keputusan


9 May 2013

perubahan demi perubahan

Assalamualaikum hai korang~~~~~ rindu kat caye tak?? bhahahaa. sumpah gedik. rasa macam nak tampar-tampar je diri sendiri. ok tajuk aku tu bukan main lagi kan.. macam mintak pelempang je tajuk tu.perubahan yang bakal aku cerutakan ni bukan berkaitan dengan pilihanraya baru ni hokey. i tak boleh terlibat lagi tau dengan politik sebab i duk bawah umur lagi. ~nak muda remaja sentiasa macam cek ta sian cek ta terus jadi bahan dalam aku punya blog~

ok ok sekarang aku nak ambik mood*datang la engkau wahai mood pembangkit penulisan aku*paaang* tampor diri sendiri sebab mengarut je lebih.

bulan disember 2012 aku kehilangan bapak saudara aku iaitu abang kepada encik pa. beliau meninggal sebab sakit tua. beliau dah sakit dalam 3 bulan macam tu la. asalnya demam je pastu terus melarat

dan akhir bulan april 2013 aku sekali lagi mak cik aku iaitu adik kepada encik pa. beliau meninggal secara mengejut. dan ini amat mengejutkan aku. serius bila ak baca sepupu aku pnye blog aku sendiri akan menangis. tak kira la setiap kali ak baca air mata kau akan menitik laju

memang aku akui aku memang kurang rapat dengan arwah mak cik & pak cik aku tu. aku ni memang kurang bercakap dengan mereka nak2 lepas aku dapat sambung belajar luar dari negeri sendiri. tapi aku tetap rasa kehilangan. sebab aku anggap mereka dah macam mak & ayah aku. dengan kata lain aku tak tunjuk sgt kasih sayang aku tu. tapi kasih sayang aku tak ad bezanya dengan mak cik pak cik yang lain. aku pun terasa kehilangan ini kan sepupu sepupu aku yang selalu bersama arwah.

semoga mereka sentiasa mendapat rahmat dari ALLAH. dan tak lupa jugak supaya ALLAH sentiasa memayungi encik Pa & puan Ma dibawah payung rahmatNya & sentiasa mengurniakan rahmatNya. ~amin~

sebelum tamat aku menulis jum sama-sama kita sedekahkan  alfatihah untuk mereka yang telah tiada

18 March 2013

jum berkira semua

Renungan...

Solat Subuh = 2 rakaat : 5 minit


Solat Zohor = 4 rakaat : 10 minit


Solat Asar = 4 rakaat : 10 minit


Solat Maghrib = 3 rakaat : 7 minit


Solat Isyak = 4 rakaat : 10 minit

Total masa untuk Allah = 42 minit daripada 1440 Minit Sehari

Cukup ke masa untuk Allah 42 minit sahaja sedangkan kita sedut oksigenNya 1440 minit sehari???

Kemana kita bazirkan baki 1398 Minit lagi tu?

Usik2 hati untuk meyentuh iman demi mengenali hakikat kehidupan.... ツ


alhamdulillah Allah masih panjangkan usia kita semua. dan hanya 

sujud kepadaNya sahaja akan mendapat segala keredhaan Allah. 


nota jari kaki: aku nak balik.

nak muntah dh g kelas hari2

27 February 2013

bersalah, berdosa ...

Assalamualaikum. memula sekali aku nak ucapkan terima kasih kat kawan2 aku yang sudi bertanyakan link blog baru aku ni.~ ceh konon kawan macam beriban mintak link kau tu.~ bhahahaa. pada mulanya aku memang tak nak sesapa pun tahu aku punya blog ni tetapi maklumla mulut aku ni memang tak boleh duduk diam diam. sesaja je gatal bagitau yang aku ada blog baru.konon macam ramai sangat follow cerita kau tu.

ok tetiba malam ni aku rasa macam berdosa & bersalah sangat. sebabnya... setiap malam aku akan call Pn Ma ~pecah lobang aku anak manja, tapi adik aku pun call gak Pn Ma tiap2 malam walaupun dia tu lagi duk dekat tau. adik aku tu memang manja nampak ganas tapi suka dengar lagu aku suka dia- ainan tasnim~ bhahahha apa la yang aku melalut ni. sian adik dia dah jadi bahan dalam aku punya blog~ pssst psst adik aku lelaki~

ok berbalik pada cerita asal setiap kali sebelum aku end call  Pn Ma akan pesan belajar rajin-rajin, dapat pointer yang bagus, jaga diri, jaga solat, jaga makan(ok yang ni aku tambah sendiri). tapi yang buat aku rasa bersalah kat  Pn Ma & En Pa aku ni malas nak study. tambah2 lagi bila usia dah meningkat tahap kemalasan untuk menghafal juga telah menurun..~ayat BM yang perfect~

aku harap sangat sem ni aku dapat berjaya~ doakan kejayaan aku, kawan2 aku, & tak lupa juga kepada diri sendiri ok~

aku minat gilak kat mamat nie.
agak-agak kat malaysia ada tak sorang, dua macam mamat ni?
=)   <3

nota jejari(konon jejari kau runcing ke?):setiap kegagalan pasti terselit sebuah kejayaan. 
aku dah alami perkara ini

25 February 2013

Terkubur Sebuah Harapan

Assalamualaikum. motip update entri 2 kali sehari? aku pun tak tau. konon ramai la yang mengadap blog aku yang maha simple mimple ni* ayat BM yang fail nangis cikgu BM aku baca ayat aku ni* bhahahahaa

ok aku nak story mori ni. berkaitan dengan aku punya tajuk kat atas tu Terkubur Sebuah Harapan. tajuk ini mengisahkan harapan aku yang nak berhujung minggu di kampung halaman ku~ceh macam la duk over the sea~. ya la kan masa aku nak daftar masuk untuk sem baru ni. Encik Pa aku dah siap pesan awal-awal yang bahawasanya aku sama sekali diwajibkan untuk pulang ke kampung halaman hanya sebulan sekali. maklum la sejak aku belajar kat sini aku pulang ke kampung halaman 2 minggu sekali. nampak tak permainannya?

mesti korang fikir kampung halaman aku dekat dengan tempat aku menuntut ilmu ni kan? tapi sebenarnya kampung halaman aku tu memang jaauh dari U aku ni. campur, tolak, darab & bahagi lebih kurang 2 sampai 3 jam jugak la masa perjalanannya.

al kisahnya yang aku nak balik tu. maklum la kat rumah aku kan ada agent penyimpan rahsia. sapa lagi Puan Ma la. Puan Ma ada bagitau yang Encik Pa ada bertanyakan kat Puan Ma ni aku tak bagitau ke nak balik ke kampung halaman bila. al maklum la aku duk kat sini dah nak 2 minggu. ~akibat selalu duk depan parents seminggu tu macam lambat je masa berjalan walhal masa dah lari pecut berganti ganti lagi tau.~

aku pun memang dah rancang dengan miss roomate aku nie yang kami nak balik kampung sesama. Tetapi hujung minggu ni pulak aku ada program yang melibatkan merit. *maklum la aku sem ni meroyan nak merit* jadi minggu ni terkubur la harapan aku nak balik kampung.
macam ni la bersinarnya harapan aku bila nak bali.
 tapi sekarang dah padam sinarannya

minggu depan satu lagi pun tak boleh sebabnya 2,3 minggu ni aku memang sibuk tahap gaban

nota jejari: aku rindu Puan Ma & Encik Pa.

24 February 2013

Hari Isnin yang MALAS

Assalamualaikum korang. aku tau hari isnin hari yang paling malas kan kan? aku tau la sebab aku sedang alami sekarang. disebabkan hari isnin iaitu hari ini aku telah membatalkan kelas aku sendiri. bhahahaha.

adik adik jangan ikut perangai pemalas akak ni yer. tapi pagi tadi memang aku betul betul tak bangun sebab alarm aku tak berbunyik. so memang akibatnya aku tak g kelas.

petang ni nak g exercise. membakar segala kelemakan yang tumbuh dalam diri aku~~

hari minggu yang~

Asslamualaikum semua. wah wah tengok tajuk entri sendiri macam nak gelak golek-golek. sah sah cikgu BM aku bangga baca tajuk entri aku yang menggunakan ayat BM yang lengkap. dah dah mengarut sudah aku ni.

ok berbalik pada tajuk aku tu. minggu pertama bagi student macam aku memang sentiasa dinantikan. sebabnya? macam-macam sebab la. yang pertama sebab minggu ni minggu duit pinjaman dimasukkan. memang semua orang duk pulun semua barang kat pekan. contohnya kau la. semalam je dah berapa rat habis. bila dah sampai bilik baru nak menyesal sebab beli barang yang tak sepatutnya.

yang paling tak best bagi aku ialah bagi sesiapa yang nak shopping guna baucar buku 1 Malaysia adalah sangat terhad. dah la syarat-syarat yang ditetapkan sangat merepek. ye lah kalau nak beli pen atau apa yang berkenaan wajiblah anda membeli buku dulu sebanyak 80% *kata akak yang yang kerja kat kedai buku yang berkenaan*. tambah akak tu lagi nak beli novel sangat la di alukan. TETAPI tajuk novel tersebut diwajibkan tiada kaitan dengan cinta, kasih sayang atau sebagainya. kalau macam tu aku beli la buku cerita sang kancil dengan kura-kura yang lembab tak pun aku beli buku sejarah form 1. ok ok aku dah merepek. tapi serius aku tak suka dengan syarat yang tahap meraban macam tu.

tapi yang penting esok dah start kelas~nasib baik la sem ni aku punya jadual sangat lah sempoi so jangan malas-malas ye miss iza~

memang minat sangat kat cik epal. teringin nak jumpa beliau.
hai cik epal~curi pic cik epal dari en google~
nota jari: duk prepair nk sambut birthday kekawan~
(nasib kawan-kawan aku tak tau blog baru)

22 February 2013

olla~

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara~ aku @ saya @ miss iza* gelak sorg2 baca nama sendiri* masih lagi belajar belajar untuk mendalami dunia blog* pn ma& en pa hantar U sruh belajar benda lain awk belajar benda lain* bhahaaa~ ok berbalik dari ayat asal. aku sebenarnya dah ada blog yang sangat superb, yang sangat awesome, yang sangat cantik, yang sangat macam macam lagi la. sampai korang pun akan muntah kalau aku puji lagi blog aku tu. ~hew hew hew ~ tapi maklumla sejak beberapa menjak ni aku ada alami 1 penyakit iaitu penyakit lupa password sendiri. padah bila dah banyak sangat email sampai boleh lupa password sendiri.
motip email nak banyak aku pun tak tau. konon femes macam retis u all. bhahaaa~ perasan la. ok sebagai permulaan aku di sini aku nak perkenalkan diri aku. * macam la kau tu femes siap post pasal diri sendri*

Nama aku memang panjang sangat sepanjang jambatan pulau pinang~~ok tak lawak jangan gelak~ tapi korang boleh panggil aku miss iza @ cik iza. motip tak nak bagitau nama betul? sebab aku nak dikenali sebagai iza sahaja. ~konon ramai la yang kenal kau tu~

ok sekarang aku menambah ilmu aku di sebuah universiti di semenanjung malaysia*feel konon asal sabah or sarawak* doakan kejayaan aku ok~

sampai sini la dulu kalau aku tulis panjang-panjang pun bukan ada sapa nak baca

nota jari: segala silap ejaan harap dimaafkan

aku dah mula minat benda ni~