27 February 2013

bersalah, berdosa ...

Assalamualaikum. memula sekali aku nak ucapkan terima kasih kat kawan2 aku yang sudi bertanyakan link blog baru aku ni.~ ceh konon kawan macam beriban mintak link kau tu.~ bhahahaa. pada mulanya aku memang tak nak sesapa pun tahu aku punya blog ni tetapi maklumla mulut aku ni memang tak boleh duduk diam diam. sesaja je gatal bagitau yang aku ada blog baru.konon macam ramai sangat follow cerita kau tu.

ok tetiba malam ni aku rasa macam berdosa & bersalah sangat. sebabnya... setiap malam aku akan call Pn Ma ~pecah lobang aku anak manja, tapi adik aku pun call gak Pn Ma tiap2 malam walaupun dia tu lagi duk dekat tau. adik aku tu memang manja nampak ganas tapi suka dengar lagu aku suka dia- ainan tasnim~ bhahahha apa la yang aku melalut ni. sian adik dia dah jadi bahan dalam aku punya blog~ pssst psst adik aku lelaki~

ok berbalik pada cerita asal setiap kali sebelum aku end call  Pn Ma akan pesan belajar rajin-rajin, dapat pointer yang bagus, jaga diri, jaga solat, jaga makan(ok yang ni aku tambah sendiri). tapi yang buat aku rasa bersalah kat  Pn Ma & En Pa aku ni malas nak study. tambah2 lagi bila usia dah meningkat tahap kemalasan untuk menghafal juga telah menurun..~ayat BM yang perfect~

aku harap sangat sem ni aku dapat berjaya~ doakan kejayaan aku, kawan2 aku, & tak lupa juga kepada diri sendiri ok~

aku minat gilak kat mamat nie.
agak-agak kat malaysia ada tak sorang, dua macam mamat ni?
=)   <3

nota jejari(konon jejari kau runcing ke?):setiap kegagalan pasti terselit sebuah kejayaan. 
aku dah alami perkara ini

25 February 2013

Terkubur Sebuah Harapan

Assalamualaikum. motip update entri 2 kali sehari? aku pun tak tau. konon ramai la yang mengadap blog aku yang maha simple mimple ni* ayat BM yang fail nangis cikgu BM aku baca ayat aku ni* bhahahahaa

ok aku nak story mori ni. berkaitan dengan aku punya tajuk kat atas tu Terkubur Sebuah Harapan. tajuk ini mengisahkan harapan aku yang nak berhujung minggu di kampung halaman ku~ceh macam la duk over the sea~. ya la kan masa aku nak daftar masuk untuk sem baru ni. Encik Pa aku dah siap pesan awal-awal yang bahawasanya aku sama sekali diwajibkan untuk pulang ke kampung halaman hanya sebulan sekali. maklum la sejak aku belajar kat sini aku pulang ke kampung halaman 2 minggu sekali. nampak tak permainannya?

mesti korang fikir kampung halaman aku dekat dengan tempat aku menuntut ilmu ni kan? tapi sebenarnya kampung halaman aku tu memang jaauh dari U aku ni. campur, tolak, darab & bahagi lebih kurang 2 sampai 3 jam jugak la masa perjalanannya.

al kisahnya yang aku nak balik tu. maklum la kat rumah aku kan ada agent penyimpan rahsia. sapa lagi Puan Ma la. Puan Ma ada bagitau yang Encik Pa ada bertanyakan kat Puan Ma ni aku tak bagitau ke nak balik ke kampung halaman bila. al maklum la aku duk kat sini dah nak 2 minggu. ~akibat selalu duk depan parents seminggu tu macam lambat je masa berjalan walhal masa dah lari pecut berganti ganti lagi tau.~

aku pun memang dah rancang dengan miss roomate aku nie yang kami nak balik kampung sesama. Tetapi hujung minggu ni pulak aku ada program yang melibatkan merit. *maklum la aku sem ni meroyan nak merit* jadi minggu ni terkubur la harapan aku nak balik kampung.
macam ni la bersinarnya harapan aku bila nak bali.
 tapi sekarang dah padam sinarannya

minggu depan satu lagi pun tak boleh sebabnya 2,3 minggu ni aku memang sibuk tahap gaban

nota jejari: aku rindu Puan Ma & Encik Pa.

24 February 2013

Hari Isnin yang MALAS

Assalamualaikum korang. aku tau hari isnin hari yang paling malas kan kan? aku tau la sebab aku sedang alami sekarang. disebabkan hari isnin iaitu hari ini aku telah membatalkan kelas aku sendiri. bhahahaha.

adik adik jangan ikut perangai pemalas akak ni yer. tapi pagi tadi memang aku betul betul tak bangun sebab alarm aku tak berbunyik. so memang akibatnya aku tak g kelas.

petang ni nak g exercise. membakar segala kelemakan yang tumbuh dalam diri aku~~

hari minggu yang~

Asslamualaikum semua. wah wah tengok tajuk entri sendiri macam nak gelak golek-golek. sah sah cikgu BM aku bangga baca tajuk entri aku yang menggunakan ayat BM yang lengkap. dah dah mengarut sudah aku ni.

ok berbalik pada tajuk aku tu. minggu pertama bagi student macam aku memang sentiasa dinantikan. sebabnya? macam-macam sebab la. yang pertama sebab minggu ni minggu duit pinjaman dimasukkan. memang semua orang duk pulun semua barang kat pekan. contohnya kau la. semalam je dah berapa rat habis. bila dah sampai bilik baru nak menyesal sebab beli barang yang tak sepatutnya.

yang paling tak best bagi aku ialah bagi sesiapa yang nak shopping guna baucar buku 1 Malaysia adalah sangat terhad. dah la syarat-syarat yang ditetapkan sangat merepek. ye lah kalau nak beli pen atau apa yang berkenaan wajiblah anda membeli buku dulu sebanyak 80% *kata akak yang yang kerja kat kedai buku yang berkenaan*. tambah akak tu lagi nak beli novel sangat la di alukan. TETAPI tajuk novel tersebut diwajibkan tiada kaitan dengan cinta, kasih sayang atau sebagainya. kalau macam tu aku beli la buku cerita sang kancil dengan kura-kura yang lembab tak pun aku beli buku sejarah form 1. ok ok aku dah merepek. tapi serius aku tak suka dengan syarat yang tahap meraban macam tu.

tapi yang penting esok dah start kelas~nasib baik la sem ni aku punya jadual sangat lah sempoi so jangan malas-malas ye miss iza~

memang minat sangat kat cik epal. teringin nak jumpa beliau.
hai cik epal~curi pic cik epal dari en google~
nota jari: duk prepair nk sambut birthday kekawan~
(nasib kawan-kawan aku tak tau blog baru)

22 February 2013

olla~

Assalamualaikum sebagai pembuka bicara~ aku @ saya @ miss iza* gelak sorg2 baca nama sendiri* masih lagi belajar belajar untuk mendalami dunia blog* pn ma& en pa hantar U sruh belajar benda lain awk belajar benda lain* bhahaaa~ ok berbalik dari ayat asal. aku sebenarnya dah ada blog yang sangat superb, yang sangat awesome, yang sangat cantik, yang sangat macam macam lagi la. sampai korang pun akan muntah kalau aku puji lagi blog aku tu. ~hew hew hew ~ tapi maklumla sejak beberapa menjak ni aku ada alami 1 penyakit iaitu penyakit lupa password sendiri. padah bila dah banyak sangat email sampai boleh lupa password sendiri.
motip email nak banyak aku pun tak tau. konon femes macam retis u all. bhahaaa~ perasan la. ok sebagai permulaan aku di sini aku nak perkenalkan diri aku. * macam la kau tu femes siap post pasal diri sendri*

Nama aku memang panjang sangat sepanjang jambatan pulau pinang~~ok tak lawak jangan gelak~ tapi korang boleh panggil aku miss iza @ cik iza. motip tak nak bagitau nama betul? sebab aku nak dikenali sebagai iza sahaja. ~konon ramai la yang kenal kau tu~

ok sekarang aku menambah ilmu aku di sebuah universiti di semenanjung malaysia*feel konon asal sabah or sarawak* doakan kejayaan aku ok~

sampai sini la dulu kalau aku tulis panjang-panjang pun bukan ada sapa nak baca

nota jari: segala silap ejaan harap dimaafkan

aku dah mula minat benda ni~