4 December 2018

Harga Masuk Tempat di Melaka

Assalamualaikum dan salah sihat sejahtera semua yang sedang baca entry kali ni

Hari ni aku nak share harga harga untuk masuk tempat menarik kat melaka ni.

Macam aku sebelum pergi melaka ni aku dah survey dulu mana tempat yang menarik dan best kat melaka ni. So banyak blog jugak la aku usha harga tu.

Ok antara tempat yang aku dah list dan wajib pergi tu :

A famosa

Maaf la tak ada gambar dekat. Yang ada gambar yang jauh dimata je. Haha. 

Menara Jam Merah


Yang ni jauh sikit dr yang lain2 alah jauh pun dalam 1 km macam tu je la. Tapi masa aku sampai tu orang ramai sangat so sempat ambik gambar yang ni je. Haha. 

Menara Taming Sari

Ni view dari menara taming sari. Mungkin kalau masa malam lagi cantik. Tapi waktu siang ni pun dah menarik bagi aku. Korang akan duk berpusing kat atas tu dalam 3 round macam tu la. Memang akan tengok full la melaka ni

Ok harga tiket untuk menara taming sari ni

Dewasa : Rm17.00
Kanak kanak : Rm11.00
Warga Emas : Rm9.00

*Sebelum beli tiket tu korang kene tunjukkan ic korang tu*


Muzium Kapal






Ni antara view dari muzium kapal ni. Bila duk kat muzium kapal ni sila explore semua tempat kat dalam tu. Memang menarik sangat. Korang akan tau pasal sejarah perkapalan kat melaka ni. Tapi sebelum korang naik atas kapal tu akan ada photographer ambik gambar korang dan nanti lepas turun dari muzium kapal tu diorang jual la gambar yang diorang ambil tadi tu

So ni harga untuk masuk kat muzium kapal ni

Dewasa : Rm5.00
Kanak kanak : Rm3.00

Melaka River Cruise

 Yang last adalah ini la. Masa naik cruise ni banyak ambil video sebab bila ambik gambar jadi tak clear. Hahaa. Baik ambik video la. Korang akan ronda dalam 30 minit lebih macam tu la. Korang akan tengok sepanjang naik cruise tu macam macam la. 

Harga untuk Melaka River Cruise : 

Dewasa : Rm22.00
Kanak kanak : Rm12.00
Warga emas : Rm17.00

*korang tak perlu pun tunjuk ic untuk naik cruise ni*





3 December 2018

Homestay Murah Melaka

Assalamualaikum dan salam sihat sejahtera semua. Ok seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni aku nak share pasal homestay yang aku stay untuk 3 hari 2 malam ni.

Sebelum ni aku cakap kan pa tak berapa setuju nak pergi ke melaka tu tapi aku dah ada la survey dulu *sejenis suka buat kepala sendiri* hahaa. Banyak jugak la aku survey. Kat trivago aku dh tengok, kat booking.com pun aku dah tengok. Kat facebook pun aku dah survey.

Dah nk vacation kan kita kena la cari tempat yang selesa untuk rehat kn. So akhirnya aku survey kat instagram dan eh eh aku terkenan satu homestay ni. Nampak macam comel je rumahnya tu tambah pulak homestay tu tengah buat promosi Rm160/day.

So aku pun laju laju la dm owner homestay tu nak tanya available tak untuk tarikh aku nak pergi tu. Alhamdulillah memang rezeki kami homestay tu masih lagi kosong. Yela aku takut full jugak la sebab aku nak pergi tu time weekend.

Lepas dm owner tu aku tanya la harga untuk 3 hari 2 malam berapa ringgit dan owner tu cakap untuk 3hari 2 malam boleh Rm300. Alhamdulillah murah la rezeki owner tu. Ok ni link untuk homestay tu melaka homestay

Disebabkan aku dari perak tu dah pukul 2 pm so lambat la sampai ke melaka tu. Aku sampai dalam pkul 8pm. Selepas guna makcik waze selama beberapa jam kami pun sampai la ke melaka. And first impression aku masuk homestay tu aku cakap comelnya rumah ni. Dan owner tu baiknya dengan sopan je cakap. Lupa nak cakap siap ada parking tau.



Ni haa owner homestay siap hantar breakfast nasi lemak dan kuih lagi. Mee goreng tu jiran kat homestay ni yang bagi. Best wooo

Ni view homestay dari depan. Rasa macam duduk kat kampung gittuww


Homestay ni ada 2 bilik dan 1 tandas 1 bilik mandi

Siap ada iron tau. Senang korang dah tak perlu susah payah angkut iron korang tu

Ni ruang kat dapur. Boleh masak lagi tau


2 December 2018

Melaka

Assalamualaikum dan salam sihat semua. Hari ni i alls nk share dengan u all bercuti ke melaka.

Ok first sekali aku tak la merancang mana nak ke melaka sebab ada kenduri di Perak ni. So bila bincang dengan ma dan pa *letih jugak la nak pujuk pa mula-mula sebab pa tak berapa nak pergi Melaka ni. *

Akhirnya pa setuju jugak nak ke Melaka ni. Ok perjalanan kami dari Bagan Datuk, Perak ni nak ke Melaka ambik masa 4 jam jugak la. Jarak dalam 200km lebih. Tapi masuk jalan yang jarang lalu tu jadi masa lagi panjang la. Dan terima kasih banyak-banyak kat makcik waze yang membantu.

Kalau korang dah biasa guna jalan tu mungkin kejap je la. Pejam mata tuptup dh sampai. Kalau macam kami ni tutup mata terus sampai ke KLCC. Haha. Ok tak lawak.

Ok next entry aku post homestay yang aku sewa ni. Then tempat yang aku melawat kat melaka ni sekali dengan harga tiket terkini. Ok bye.





24 November 2018

2018

Assalamualaikum dan salam sejahtera *cewah ayat macam nak buat karangan bahasa melayu SPM kauu

First mcm lama dh tak update kat blog yg super duper ni *perasan mcm ad org baca je blog kau cik lijah siap view dh negatif dh

Last aku update hari tu tahun 2015 ini bermakna dh 3 tahun aku tak update apa2 kat blog ni. Niat tu sentiasa ada untuk update blog tp masa tak mengizinkan. Hahaha. Ayat dah macam anak soploh orang. Tapi hakikatnya ada anak cacing sahaja bermain main di dalam perut ini. Haha

Alhamdulillah segala perit getir kegembiraan dan kesedihan akhirnya seketul ain dah selamat grad 2 tahun yang lepas. Terima kasih untuk lecturer di U yang saya menuntut ilmu dan ma & pa saya yang sentiasa membahagikan semangat untuk seketul ain ini. *tiap2 sem ugut nak berenti belajar. Adik adik jangan tiru amalan merbahaya ini *

Sekarang aku dah ada life sendiri. Malah mampu untuk menanggung seekor katak hijau. Alhamdulillah untuk rezeki. Tapi rezeki untuk pekerjaan masih lagi tiada nasib. Tak apa masing2 ada rezeki yg Allah tetapkan dah. Dan yang paling penting aku sentiasa boleh tengok ma n pa aku. Hehee.

Nanti aku sambung balik story kalau aku masih diberi kesihatan.