3 December 2018

Homestay Murah Melaka

Assalamualaikum dan salam sihat sejahtera semua. Ok seperti yang dijanjikan dalam entry sebelum ni aku nak share pasal homestay yang aku stay untuk 3 hari 2 malam ni.

Sebelum ni aku cakap kan pa tak berapa setuju nak pergi ke melaka tu tapi aku dah ada la survey dulu *sejenis suka buat kepala sendiri* hahaa. Banyak jugak la aku survey. Kat trivago aku dh tengok, kat booking.com pun aku dah tengok. Kat facebook pun aku dah survey.

Dah nk vacation kan kita kena la cari tempat yang selesa untuk rehat kn. So akhirnya aku survey kat instagram dan eh eh aku terkenan satu homestay ni. Nampak macam comel je rumahnya tu tambah pulak homestay tu tengah buat promosi Rm160/day.

So aku pun laju laju la dm owner homestay tu nak tanya available tak untuk tarikh aku nak pergi tu. Alhamdulillah memang rezeki kami homestay tu masih lagi kosong. Yela aku takut full jugak la sebab aku nak pergi tu time weekend.

Lepas dm owner tu aku tanya la harga untuk 3 hari 2 malam berapa ringgit dan owner tu cakap untuk 3hari 2 malam boleh Rm300. Alhamdulillah murah la rezeki owner tu. Ok ni link untuk homestay tu melaka homestay

Disebabkan aku dari perak tu dah pukul 2 pm so lambat la sampai ke melaka tu. Aku sampai dalam pkul 8pm. Selepas guna makcik waze selama beberapa jam kami pun sampai la ke melaka. And first impression aku masuk homestay tu aku cakap comelnya rumah ni. Dan owner tu baiknya dengan sopan je cakap. Lupa nak cakap siap ada parking tau.



Ni haa owner homestay siap hantar breakfast nasi lemak dan kuih lagi. Mee goreng tu jiran kat homestay ni yang bagi. Best wooo

Ni view homestay dari depan. Rasa macam duduk kat kampung gittuww


Homestay ni ada 2 bilik dan 1 tandas 1 bilik mandi

Siap ada iron tau. Senang korang dah tak perlu susah payah angkut iron korang tu

Ni ruang kat dapur. Boleh masak lagi tau


No comments:

Post a Comment